Saturday, July 30, 2011

Latest Rumors Indicate That the iPhone 5 Will Be Launched in September

baru je iphone 4 kluar dah nak kluar iphone 5..produk apple nie memang pantas..rasanya no 5 lagi sesuai dari no 4..eager to buy..





Apple is Getting Ready for the iPhone 5 Launch

One of the biggest Chinese newspapers, China Times, reported this week that Apple has received a shipment of 400,000 iPhone 5 smartphones, that are to be tested before the release of 4,000,000 units this September. This article suggests that the big launch will take place in the second week of September.

Rumors from other iPhone publications and websites, like iPhone Italia, who heard this from an undisclosed executive at Swisscom, point towards a more exact release date, it being September 5, which is also Labor Day in the U.S. this year. A major product launch on a holiday is very unlikely and Apple hasn’t confirmed, denied or announced anything official.

iphone 5 release

More info from this report indicate that Apple will also launch the new iPad 3 around Thanksgiving this year and that it will be a big improvement over the current iPad. The device is being released later than it was initially thought due to component problems. Most analysts are skeptical that Apple will launch an upgrade to one of their best sellers, the iPad 2, only 9 months after it was introduced, while other analysts say we will see a new iPad this year in the form of an “iPad 2 Plus”, which will be a slightly improved iPad 2.

Apple has previously launched new iPhones at the Worldwide Developers Conference(WWDC), which is held in June, and most people were expecting the iPhone 5 back then. Attention now turns to September, when Apple normally holds its iPod focused event. Also, because the new operating system is scheduled to be released this Fall, it is expected that the iPhone 5 will be introduced at the same time as the iOS 5.
Apple and AT&T Preparing Staff for the iPhone 5 Release

According to Boy Genius Report(BGR), AT&T is expecting a large influx of customer in September. They have asked managers in locations all over the country to finish employee training so that they can be ready and available for the big number of people that will want to purchase an iPhone 5 immediately after its introduction.

Other reports show that Apple is increasing its staff in store locations around the United States and United Kingdom. Job listings have been posted on UK websites, looking for iPhone sales persons and specialists, and US Apple stores are asking former employees to return as part time employees for “new product launches”.

Whether these rumors are true or not, we will find out shortly. Apple is expected to announce something officially about the iPhone 5 any day now and they will most likely do that by the end of August.

Tiger announces he will play in Bridgestone Invitational

Bila dengar tiger nak main balik je mesti teruja nak tgk golf channel..go tiger..



Tournament will be Woods' first action since May 12.....
Tiger has had great success at the Bridgestone Invitational, winning the event seven times. AP Tiger has had great success at the Bridgestone Invitational, winning the event seven times.

Tiger Woods will return to competition next week in the World Golf Championships-Bridgestone Invitational at Firestone Country Club in Akron, Ohio, he announced Thursday.

"I'm excited to get back out there," said Woods, who has been idle since withdrawing from The PLAYERS Championship after nine holes on May 12 after sustaining a mild medial collateral ligament strain to his left knee and aggravating a strained left Achilles tendon.

Both injuries were originally occurred during the third round of the Masters, when Woods hit a recovery shot out of pine straw on the 17th hole. He went on to shoot 74, but followed with a 67 on Sunday and tied for fourth.

Following the advice of his doctors, Woods has rested and rehabbed his left leg, and just recently began hitting practice balls.

Woods has had great success at Firestone, winning the WGC event seven times. Last year, he tied for 78th, marking the first time in 11 appearances that he has failed to finish in the top four.

In 2011, Woods has competed in six PGA Tour tournaments. He has posted two top 10 finishes and has made five-of-six cuts.

Thursday, July 28, 2011

Telefon hologram menuju realiti?

Canggih betul telefon akan datang...




TELEFON hologram akan memancarkan imej video 3D untuk membolehkan anda melakukan sidang video.

PERNAH menonton siri televisyen Star Strek? Jika ya, anda mungkin pernah melihat adegan bagaimana krew kapal angkasa tersebut boleh berkomunikasi dengan rakan melalui alat yang membolehkan mereka seakan-akan berada di tempat yang sama.

Teknologi yang dikenali sebagai hologram itu akan memudahkan anda berbual mesra kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui telefon bimbit anda melalui projektor.

Teknologi ini semakin menghampiri realiti memandangkan kini anda telah boleh melakukan persidangan video di telefon bimbit 3G dan teknologi tiga dimensi (3D) juga semakin maju sehingga begitu banyak digunakan di televisyen rumah.

Sehubungan itu, di masa depan, teknologi skrin boleh dianggap lapuk kerana kebanyakan alat komunikasi akan mempunyai kemampuan memancarkan imej video bergerak berbentuk hologram.

Seorang pereka bentuk, Mac Funamizu misalnya telah mereka reka bentuk konsep Telefon Bimbit Hologram Trou yang menggunakan hologram 3D yang boleh dipancarkan ke kawasan yang kosong.

Projektor kecil yang terdapat pada telefon itu akan memancarkan imej video maya apabila anda menerima panggilan telefon seperti melakukan persidangan video melalui telefon 3G.

Rekaan Funamizu ini juga sangat fleksibel kerana telefon itu boleh diletakkan di pergelangan tangan seperti jam tangan dan panggilan boleh dibuat atau diterima tanpa perlu anda membukanya.

Funamizu juga telah mencipta telefon boleh dipakai Dew yang akan memaparkan teks dalam bentuk 3D.

Telefon itu boleh memaparkan maklumat teks digital seperti waktu, SMS, e-mel dan sebagainya yang dipancarkan daripada telefon dalam bentuk 3D di atas telefon walaupun telefon anda itu tidak mempunyai skrin biasa.

Pengguna yang menggunakan Dew di pergelangan tangan boleh menyimpan segala maklumat mereka dengan mudah untuk digunakan apabila diperlukan seperti SMS, e-mel, nota dan sebagainya.

Sebuah lagi telefon konsep menggunakan teknologi hologram ialah Cobalto yang menunjukkan ciri-ciri futuristik kerana mempunyai paparan imej 3D secara nyata di hadapan anda.

Seperti anda melihat filem 3D, imej di telefon bimbit ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang mana seolah-olah anda di kawasan tersebut.

Sekali lagi pereka untuk telefon hologram ini ialah Funamizu yang yakin prototaip telefon ini boleh dibangunkan dalam masa beberapa tahun sahaja lagi kerana perkembangan teknologi 3D yang semakin canggih masa kini.

Selain itu, sebuah telefon konsep hologram dikenali sebagai Black Hole juga telah direka untuk menjadi salah satu produk keluaran Apple menjelang 2020.

Telefon itu mempunyai bola tetikus di tengah-tengahnya yang membolehkan pengguna mengawal fungsi telefon dan aplikasi dengan hanya menyentuh bayangan di udara.

Telefon kecil itu boleh diletakkan di atas tapak tangan anda atau di atas meja untuk membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.

Kejayaan syarikat dari India, Infosys mendaftarkan paten untuk pemancaran 3D resolusi tinggi bagi filem, barangan dan imej melalui peranti bergerak baru-baru ini membuktikan teknologi hologram dan 3D maya sememangnya hampir.

Penganalisis teknologi meramalkan, sebanyak lapan juta unit skrin 3D akan dipasarkan tahun ini terutama yang digunakan di televisyen, panggung wayang dan sebagainya.

Tuesday, July 19, 2011

Baju Berhawa Dingin Bantu Jepun Atasi Bahang

Canggih betul baju nih..elok untuk teknologi hijau ataupun KIK kat opis...baju jimat letrik


Hiroshi Ichigaya memperkenalkan "Kuchofuku" yang mampu menyamankan badan. - Foto AFP

TODA, Jepun: Jaket kini bukan sahaja mengikut fesyen bahkan mempunyai kipas yang terbina dalam di negara ini.

Kuchofuku Co. Ltd - yang bermaksud "pakaian pendingin hawa" itu mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai selepas bekalan eletrik terputus ekoran gempa bumi dan tsunami melanda negara ini pada 11 Mac lalu.

Pemakai boleh mengawal dua kipas elektrik yang terdapat di dalam jaket tersebut. Kelajuannya boleh dikawal.

Apabila dipasang, ia mengembangkan jaket. Ia mungkin kelihatan kurang menarik, tetapi ini tidak menghalang pemakai untuk berasa selesa.

"Saya bekerja dalam persekitaran yang sangat panas dan perlu memakai baju berlengan panjang. Jadi saya membelinya untuk menyamankan badan selain menghalang strok panas," kata Ryo Igarashi, 33, ketika meninggalkan pejabat Kuchofuku selepas membeli jaket penghawa dingin itu.

Igarashi berkata pakaian itu selesa dipakai di kawasan pembinaan yang panas. Dia turut memasang alat pendingin hawa di bangunan-bangunan.

Kira-kira 1,000 syarikat di Jepun menggunakan Kuchofuku. Ini termasuk syarikat kereta, pembuatan keluli, makanan dan pembinaan.

Selain jaket berpendingin hawa, syarikat itu juga menjual kusyen dan tilam yang dilengkapi dengan penyaman udara.

Sebanyak 20 liter udara berkitaran sesaat dalam jaket itu dan dibebaskan melalui kolar dan lipatan kaki seluar sekali gus mengeringkan peluh dan menyamankan pemakainya.

Kuchofuku yang menggunakan sistem jaringan plastik dipatenkan itu membenarkan udara dikitarkan sambil menyokong berat.

Produk itu mendapat sambutan menggalakkan selepas penutupan loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak akibat tsunami.

Selain itu, ia popular susulan dekri kerajaan yang mewajibkan syarikat-syarikat gergasi di Tokyo dan wilayah utara Tohoku untuk mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 15 peratus untuk mengelakkan bekalan terputus.

Inisiatif menjimatkan penggunaan elektrik seperti "Super Cool Biz" menggalakkan para pekerja untuk menanggalkan jaket serta tali leher, berhenti menggunakan pendingin hawa dan meningkatkan permintaan terhadap peralatan yang menyamankan udara.

Import untuk kipas elektrik menerusi pelabuhan Tokyo mencapai satu rekod tertinggi pada Mei. Jumlah import tersebut melonjak sebanyak 70 peratus berbanding tahun lalu kepada 1.24 juta unit sekarang, menurut pejabat kastam.

Kipas-kipas dalam jaket Kuchofuku disambungkan pada pek bateri lithium-ion yang mampu tahan sehingga 11 jam dengan sekali cas.

Menurut presiden syarikat Kuchofuku, Hiroshi Ichigaya, ia hanya menggunakan sebahagian kecil elektrik yang biasa digunakan oleh alat pendingin hawa.

Ichigaya berkata, dengan memakai jaket itu, seseorang itu akan berasa lebih nyaman berbanding berbogel.

"Orang ramai sekarang cuba memakai pakaian dengan paling sedikit dalam kempen seperti Super Cool Biz, tetapi memakai lebih banyak Kuchofuku menyebabkan anda berasa lebih sejuk dan nyaman," katanya kepada media.




Sebanyak 20 liter udara berkitaran sesaat dalam jaket itu dan dibebaskan melalui kolar dan lipatan kaki seluar sekali gus mengeringkan peluh dan menyamankan pemakainya.

Ichigaya yang merupakan jurutera Sony selama dua dekad hingga awal 1990-an, mengilhamkan penciptaan "pendingin hawa persendirian" itu.
Pemakai boleh mengawal dua kipas elektrik yang terdapat di dalam jaket tersebut. Kelajuannya boleh dikawal.

Ilham itu datang ketika beliau mereka cipta satu pendingin hawa yang menggunakan sedikit elektrik.

"Saya sedar kita tidak perlu menyamankan udara pada keseluruhan bilik. Apa yang paling penting ialah individu terbabit berasa sejuk," katanya.

Kuchofuku buat julung kali dilancarkan pada 2004 mendapat permintaan dari kilang-kilang dan tapak pembinaan.

Terbaru, ia mendapat pesanan daripada pekerja pejabat dan suri rumah.

Sepasang jaket berpendingin hawa yang standard dijual sekitar 11,000 yen (atau RM418.00).

Seorang pegawai kerajaan pusat baru-baru ini menghubungi syarikat berkenaan untuk membeli sebanyak setengah juta pasang jaket.

Bagaimanapun, Ichigaya berkata, pihaknya terpaksa menolak pesanan tersebut kerana syarikat itu tidak dapat mengeluarkan jumlah besar itu.

Syarikat itu akan menjual sebanyak 40,000 jaket, kusyen dan lain-lain produk berpendingin hawa pada tahun ini.

Ichigaya memberitahu, jumlah tersebut adalah sekali ganda daripada jumlah pada tahun lalu.

Tambahnya, jualan boleh mencecah 80,000 unit sekiranya ia mampu menghasilkannya dengan kapasiti yang sedia ada.

Saturday, July 16, 2011

Chelsea bawa semua bintang Khamis ini

Fuh kali nie aku ye turn lak gi stadium....
see u Frank Lampard at std bukit jalil..cuti dah lulus..yess

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, akan membawa skuad penuh bagi perlawanan persahabatan menentang pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis ini.

Menurut penganjur, ProEvents International, antara pemain yang diturunkan ialah Didier Drogba, Frank Lampard, John Terry, Fernando Torres, Nicolas Anelka, Ashley Cole, Florent Malouda, Petr Cech dan Yossi Benayoun.

"Peminat bola sepak tempatan sudah pasti mendapat sajian terbaik dengan kehadiran antara pemain terbaik dunia dalam pasukan Chelsea," kata ProEvents dalam kenyataan di sini hari ini.

Perlawanan persahabatan itu akan turut menyaksikan pengurus Andres Villas-Boas dari Portugal mengendalikan pasukan 'Blues' untuk buat pertama kali selepas mengambil tugas dari Carlo Ancelotti. - Bernama

Maxis tawar pakej harga menarik gajet terbaru Kanada mulai Ahad..Perkenal BlackBerry Playbook

harga boleh tahan...

MAXIS Bhd menampilkan komputer tablet BlackBerry Playbook yang akan mula menjengah pasaran Ahad ini dengan tawaran pakej harga menarik.
BlackBerry Playbook, gajet keluaran firma Kanada, Research in Motion (RIM) itu akan ditawarkan pada harga runcit RM1,599 bagi kapasiti 16 gigabit (GB), RM1,899 untuk 32GB dan RM2,199 bagi 64GB.
Bagi pengguna Perkhidmatan Internet BlackBerry Maxis sedia ada, mereka boleh mendapatkan tablet itu dari harga serendah RM990 apabila mendaftar dengan pelan data Playbook 3GB menerusi telefon pintar Blackberry.

Ketua Operasi Maxis, Jean Pascal Van Overbeke, berkata tawaran terbaru itu sejajar peningkatan liputan dan kepantasan perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan.

“Kumpulan secara konsisten menjadi syarikat pertama menawarkan peralatan moden terkini kepada pelanggan dan kami berbangga menjadi pengendali perkhidmatan telekomunikasi tempatan pertama memperkenalkan barisan produk BlackBerry sejak 2004.

“Sejak itu, kumpulan terus meluaskan barisan produk BlackBerry dengan menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan yang berorientasikan penggunaan data.
“Pelancaran baru ini adalah penghargaan kumpulan ke atas sokongan berterusan pelanggan selama ini,” katanya ketika melancarkan BlackBerry Playbook di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Naib Presiden RIM Thailand, Malaysia dan Vietnam, Dany Bolduc.

BlackBerry Playbook adalah kemunculan pertama RIM dalam pasaran komputer tablet dan menjadi antara peralatan yang paling ditunggu-tunggu pasaran tempatan untuk tahun ini.

Antara ciri menarik tablet itu termasuk keupayaan melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa, pengalaman media terbaik dalam kelasnya, kemudahan pelayaran web dengan sokongan Adobe Flash serta akses selamat bagi data enterpris.

Tablet itu direka sebagai pelengkap kepada pengguna telefon pintar BlackBerry yang mahu mendapatkan peralatan berfungsi tinggi serta mampu dimiliki.

Peralatan berkenaan bertindak sebagai tetingkap keselamatan ke dalam data telefon pintar BlackBerry dengan menyediakan keupayaan mengakses e-mel termasuk kemudahan perbualan Blackberry Messenger (BBM) serta data lain.

Sementara itu, Bolduc berkata BlackBerry Playbook adalah tablet berfungsi penuh yang sesuai untuk kegunaan peribadi atau perniagaan.

BlackBerry Playbook akan mula dijual di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis seluruh negara Ahad ini.

Awal tahun ini, Maxis melengkapkan ujian ke atas teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE) Generasi Seterusnya yang akan menggandakan lagi kapasiti rangkaian serta kepantasan data sedia adanya.

Friday, July 15, 2011

RIM sets up shop in Penang, starts manufacturing devices locally

ooo rupanya ada kilang buat phone BB di Penang..naper rega mahal gak..poracit


Penang's industrial zone recently welcomed a new addition to their already bustling part of town when RIM opened shop there earlier this month.

“To support the growing demand for BlackBerry smartphones in Asia and across the world, we are pleased to expand our manufacturing operations to Malaysia. We continuously strive to improve the way we serve our customers and partners, and fundamentally believe that producing BlackBerry smartphones in Malaysia will help achieve this goal.” -- Dany Bolduc, Vice President of Malaysia, Thailand and Vietnam

Although the press statement doesn't mention which of RIM's many BlackBerry devices will be manufactured here in Malaysia Currently, the Penang plant is solely responsible for manufacturing the BlackBerry Curve 3G, and the units made here will be shipped around the world support the demand for this entry level device. We're pretty sure that the Penang plant will increase its production portfolio soon too, especially since RIM seems to be on roll by announcing a number of new devices.

Unfortunately, moving part of the production line to Malaysia probably won't make any difference to the pricing structure of BlackBerry devices here, but the telcos are already doing a good job in making them accessible to the market, so kudos to them for that.

CUEPACS mohon kerajaan pertimbang bonus dua bulan

alangkah bagus kalo dapat..selalunya hampe je..

KUANTAN 15 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan hanya dapat bantuan khas RM500,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ke-24 ANULAE cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini. – Bernama

Wednesday, July 13, 2011

Tokoh Korporat Tony Fernandes Jadi Hos "The Apprentice Asia"

Macam best je..kalau menang terus jadi ceo salah satu sykt Tony Fernandes pun menarik jugak..

SINGAPURA: Tokoh penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes, akan menjadi hos edisi Asia siri televisyen yang digemari ramai, "The Apprentice". Perkara ini diumumkan oleh pengeluar program realiti Asia, RGM, iaitu satu syarikat filem dan televisyen yang berpangkalan di Singapura.

"The Apprentice", yang direka dan dikeluarkan oleh Mark Burnett Productions, telah mencatatkan kejayaan selepas kemunculan sulung pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan pengeluar eksekutif bersama.

Program itu telah difrancaiskan pada peringkat antarabangsa, termasuk di United Kingdom, yang dihoskan ole Lord Sugar.

"Kami gembira dengan Tony. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkarismatik dan tokoh Asia yang boleh dikaitkan dengan kejayaan di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif RGM Devesh Chetty semasa mengumumkan program itu.

Semasa mengulas mengenai perkara itu, Fernandes berkata: "Ia mengujakan untuk menjadi peneraju "The Apprentice Asia". Kita akan melihat sesetengah bakat perniagaan yang cemerlang di rantau ini bersaing dari jalanan ke bilik lembaga pengarah."

"The Apprentice Asia" akan menghimpunkan sejumlah eksekutif perniagaan dari pelbagai industri dan negara di rantau ini dengan melakukan penyingkiran sehingga seorang calon menjadi aparentis bergaji besar kepada Fernandes

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

macam-macam perangai manusia sekarang..cicak pun jadi..




Cicak Tokek mendapat permintaan yang tinggi di pasaran

PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.

Saturday, July 2, 2011

Kereta

Macam2 pengalaman naik kereta..pernah naik kereta di atas feri, atas kapal dan terbaru naik kereta dalam lif bangunan..ngeri tul


Sent from my henpon®

Friday, July 1, 2011

Dell Streak 5 now available in Malaysia

manalah yang akan aku pilih nie..compius..


Mobility is essential in today’s fast-paced world and what better way to connect and communicate with a device just at your fingertips like the Dell Streak 5. With a just nice size of 5-inch, it fills in the gap between smartphones and tablets and has the latest features to give you a great mobile experience. Powered by Android 2.2 (Froyo) with a fast 1GHz Snapdragon ARM-based mobile processor, it delivers web-browsing, digital entertainment, social connectivity and navigation features.

“The Dell Streak 5 is designed for people who are constantly interacting online and want to expand their ability to access their digital lives on-the-go,” said Varinderjit Singh, Managing Director, CSMB, Malaysia and Singapore, Dell.




Tough and resilient with a Gorilla Glass screen, it is perfect for students, professionals or just about anyone who wants entertainment and productivity on-the-go. It features Dell’s new user interface Stage for a seamless way to access content. Another highlight of the Dell Streak 5 is that is can be used as a portable Wi-Fi hotspot to be shared with up to eight devices on top of Wi-Fi, Bluetooth and 3G connectivity.




Capture memorable shots with the 5-megapixel autofocus rear-facing camera and video call with the VGA front-facing camera. The Dell Streak 5 is available now at a suggested retail price of RM2,099 and there are Maxis packages for the device.