Lapan pemain sekurang-kurangnya berkongsi pendahuluan semasa saingan tetapi Schwartzel, 26, mempamerkan antara penyudah terhebat dalam sejarah kejohanan utama.
Tiger Woods berada dalam kelompok pemain dengan catatan 278, selepas gagal menanfaatkan empat birdie dan satu eagle untuk catatan 31 pada sembilan lubang pertama. Beliau terlepas dua putt dari jarak dekat di lubang ke-12 dan ke-15 untuk catatan 36 pada sembilan lubang terakhir.
Schwartzel menjadi pemenang keempat yang terus memenangi kejuaraan utama selepas Martin Kaymer dari Jerman (PGA Championship), rakan senegara Louis Oosthuizen (Terbuka British) dan Graeme McDowell dari Ireland Utara (Terbuka AS).
Rory McIlroy yang mendahului dengan empat pukulan pada permulaan hari terakhir, pula mempamerkan permainan buruk dan gagal bangkit.
Pemain Ireland Utara itu tamat dengan catatan 80, 10 pukulan di belakang Schwartzel. - AP
No comments:
Post a Comment