Thursday, October 6, 2011

iPhone 4S dikritik ramai

Alahai..belum sampai mesia dah banyak songeh


CUPERTINO, California 5 Okt. - Pelancaran produk terbaru iPhone, iPhone 4S oleh Apple Inc. yang hanya merupakan model iPhone 4 yang dinaik taraf semalam menerima kritikan dan kekecewaan peminat di Internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook yang baru menerajui syarikat terkemuka itu gagal menarik perhatian terhadap produk besar terbaru di bawah penyeliaannya, seperti mana yang pernah dilakukan bekas peneraju syarikat itu, Steve Job ke atas produk-produk terbaru mereka.

Apple kini berada di persimpangan kritikal apabila telefon Android keluaran Samsung Electronics dan pesaing lain semakin mendekati persaingan dalam produk teknologi telekomunikasi.

Pelabur dan peminat yang pada mulanya teruja dengan laporan pengumuman produk terbaru iPhone itu menyebabkan saham Apple menurun lima peratus, namun pulih sebanyak 0.6 peratus sebelum pasaran ditutup.

Cook yang menggantikan Jobs pada Ogos lalu memperkenalkan iPhone baru yang mempunyai pengenalan suara dan kamera yang lebih baik, namun ia kelihatan sama seperti telefon sebelum ini.

Walaupun gajet itu tidak seperti yang diharapkan, penganalisis menyukai teknologi suara berkenaan yang membantu pengguna menggunakan suara untuk segala perkara termasuk pencarian harga saham sehingga menghantar mesej.

Teknologi suara iPhone itu dikatakan lebih mudah digunakan daripada telefon Android atau Blackberry keluaran Research in Motion.

''Sudah 16 bulan dan apa yang baru hanyalah pemproses A5 dalam iPhone 4 yang sedia ada. Ia sedikit mengecewakan, namun ia tetap akan dijual dalam jumlah jutaan unit,'' ujar penganalisis, Colin Gillis dari BGC Partners.

Para penganlisis berkata, apa yang lebih penting ialah untuk mengekalkan populariti iPhone 4 ekoran ia dijual lebih 20 juta unit pada tahun ini sehingga 25 Jun lalu.

''Ia agak melucukan jika mereka memanggilnya iPhone 5, namun saham mereka tidak akan menghadapi masalah tetapi mereka memanggilnya 4S yang mengecewakan beberapa pihak,'' kata pengurus portfolio syarikat WP Stewart, Michael Walker.

No comments:

Post a Comment