bersambung seterusnya
Hari ke 3 (14 Mei 2011)...
setelah penat seharian mendaki selama 6 jam sampai ke Laban Rata...
sampai je Gunting Lagadan Hut ..letak je kepala ke bantal terus sahaja lolap...kena tido awal disebabkan kena bangun jam 1 pagi untuk bersarapan dan terus daki ke Puncak Gunung Kinabalu jam 2 pg....
setelah bersarapan tepat jam 3 pagi team XPDC meneruskan perjalanan ke puncak melalui tangga yg suram serta batu yg licin...
ada sesetengah kawasan perlu menggunakan tali bagi mengelakkan jatuh daripada gunung...memang ngeri....
akhirnya sampai ke hut yg paling last...suhu ketika itu 3'Celcius...
memang sejuk...terutama sekali angin dan yg paling tak best hidung berair selsema...seksa betul...4 lapis baju pun masih sejukkkk...
akhirnya aku berjaya sampai ke puncak ...
peserta xpdc PERTAMA yang sampai puncak..
jam ketika itu 5.45 pagi...
perjalanan mengambil masa selama 2 jam 15 minit dr Laban Rata untuk sampai ke Puncak...
Berikut antara pemandangan menarik sepanjang berada di puncak..
tapi pengalaman yg paling menakjubkan adalah melihat terbitnya matahari...walaupun sekejap tetapi ianya merupakan antara saat2 indah yg pernah ditempuhi dalam kehidupan ku ini...
setelah puas posing...masa untuk turun masa untuk turun kebawah..cuma 20 minit je berada di puncak..antara perkara yg berlaku semasa di puncak...
kepala mudah pening disebabkann tekanan,
selsema makin teruk disebabkan terlalu sejuk...
susah bernafas disebabkan udara nipis
setelah turun puncak sempat ambil beberapa gambar utk kenangan...
masih ada org hendak naik ke puncak..
selesai sahaja turun puncak team XPDC bergerak ke INTAN Sabah...
Sebelum ke INTAN sempat mengambil gambar rekod pendakian Gunung Kinabalu...
memang handal diorg nie..2 jam aje boleh naikturun gunung kinabalu...
Sabah memang surga makanan laut..oleh itu saya cadangkan makan seafood di Restoren Gayang (murah) dan Restoren Nelayan...
pekena lobster..siput tarik....ketam masak teluq itik...dll...kenyang...
setelah penat mendaki, mkn seafood dan bersoping ...akhirnya kami pulang ke semenanjung pada 16 Mei 2011..flight delay jam 7.50mlm..so dapat free Mac Donald harga bawah RM 15..makan aje sepanjang perjalanan pulang...
so happy ending...i like it..
Wednesday, May 18, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Siri 2 :- Pengalaman mendaki Gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu Sabah 12-16 Mei 2011
sambung semula.........
masih lagi hari ke 2...selepas Timpohon barulah team XPDC memulakan pendakian ...
berikut antara gambaran keadaan laluan disepanjang pendakian...
akhirnya setelah mula pendakian jam 10 pagi...barulah sampai ke Laban Rata jam 4 ptg...
tempat ini merupakan restoren untuk pendaki bermalam dan makan minum sebelum memulakan pendakian semula jam 2 pagi pada hari ke 3 (14 Mei 2011)
keadaan dalam restauren dan persekitaran Laban Rata
Suhu ketika itu adalah 10'Celcius
selepas makan buffet jam 6ptg...menginap di dorm Gunting Lagadan Hut..kena daki 150 Meter dari tempat restauren....
Sampai sahaja dorm setiap bilik ada 2 katil bertingkat dan kemudahan toilet yg perlu dikongsi bersama..yg paling tak best air shower panas takde..
argh sejuk gaban....
ikutilah kisah seterusnya...
sambung....................

Subscribe to:
Posts (Atom)