Thursday, October 6, 2011

Salah makan punca pondan?

Susah betul nak pilih makanan sekarang..agaknya ramuan ape menyebabkan kita boleh jadi donut nih?? ceciter skitttt






Bahan kimia dalam sajian jejas hormon menyebabkan genetik tidak normal

PENGAMBILAN makanan mengandungi hormon tiruan, pengawet dan perisa berlebihan dipercayai menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon, punca krisis jantina yang menyebabkan perubahan tingkah laku manusia. Walaupun tiada fakta dan kajian khusus dibuat mengenainya sehingga ini, namun teori 'we are what we eat' atau 'kita adalah apa yang kita makan' mungkin boleh membawa kita berfikir mengenai fenomena itu secara rasional.

Saturday, October 1, 2011

Harga Playbook turun di AS..masa sesuai kalau nak beli playbook..tunggu harga kat mesia turun dulu..

WASHINGTON 30 Sept. - Pembekal utama tablet Playbook dari pembuat Blackberry, Research In Motion (RIM) mengurangkan harga sehingga AS$200 (RM600) ekoran tindakan Amazon menurunkan harga komputer tabletnya kepada AS$199 (RM635) seunit.

Jualan Playbook tidak memberangsangkan sejak gajet tersebut mula dijual pada pertengahan April lalu dengan harga AS$499 (RM1,592) untuk memori sebesar 16-gigabit, AS$599 (RM1,912) bagi 32-gigabit dan AS$699 (RM2,230) untuk 64-gigabit.

Syarikat-syarikat Best Buy, Staples dan OfficeMax menawarkan tablet PlayBook pada harga AS$299 (RM953), AS$399 (RM1,272) dan AS$499 (RM1,592), semalam.

Syarikat Office Depot pula menjual tablet tersebut pada harga kurang AS$100 (RM300).

Bagaimanapun, tablet Playbook masih ditawarkan pada harga asalnya di laman RIM dan melalui pengangkut Amerika Syarikat, Sprint.

Kelmarin, laman web Amazon melancarkan sebuah komputer tablet, Kindle Fire dengan tawaran harga AS$199 (RM635), separuh lebih rendah berbanding iPad keluaran Apple yang menerajui pasaran di pasaran.

NASA kesan asteroid hampir dengan Bumi..emm gerun lak bila dengar..

WASHINGTON 30 Sept. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semalam mendedahkan penemuan asteroid terbesar yang terbang hampir dengan Bumi sekali gus menimbulkan ancaman kepada hidupan di Bumi.

Ancaman tersebut bagaimanapun dijangka dapat dikawal oleh agensi angkasa lepas.

"Risiko Bumi dihentam asteroid yang besar sebelum sempat dikesan oleh para saintis telah dikurangkan dan mungkin boleh dikawal," kata Tim Spahr, Pengarah Pusat Planet Minor di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian di Cambridge, Massachusetts.

Menerusi teleskop 'Wide-field Infrared Survey Explorer' (WISE), NASA menemui 93 peratus asteroid bersaiz kira-kira satu kilometer malah ada yang lebih besar dari itu.

Para saintis sebelum ini menganggarkan jumlah asteroid di ruang angkasa lepas sebanyak 1,000 namun setelah dikaji dan diteliti, jumlahnya berkurangan menjadi 981 dan sebanyak 911 telah dikesan.

Data maklumat yang diperoleh daripada WISE menunjukkan kira-kira 19,500 asteroid bersaiz 100 meter ditemui dan bukannya 35,000 seperti data terdahulu.

Daripada jumlah tersebut, hanya 5,200 dikesan berada hampir dengan Bumi dan dianggarkan sebanyak 15,000 masih belum ditemui.

Asteroid yang dikesan berada hampir dengan Bumi didefinisikan sebagai 'batu angkasa' yang mengorbit sejauh 195 juta kilometer dari matahari ke sekitar orbit Bumi.

Sementara itu, seorang penyelidik angkasa lepas, Amy Maizer berkata, teleskop WISE memberikan maklumat yang lebih terperinci kepada kumpulan angkasawan.

"Penggunaan teleskop WISE umpama melakukan bancian penduduk bagi membuat satu kesimpulan mengenai keseluruhan kawasan tertentu," katanya

Wednesday, September 21, 2011

Panggilan Pulau

emm lama tak pegi update blog..so kali nie just nak share something for me to remember..kali nie trip ke Pangkor disebabkan ISMS..keje yg memerlukan ribut otak (Brain storming)..a lot of security thing to do just for strengthen the ICT asset ..hampir sedekad berlalu barulah dapat menjejak kaki semula ke Pangkor..so nice and peaceful.

gambar di Jeti Lumut Perak










Gambar2 dalam feri..harga tambang RM 19 pergi balik dr jeti..
Ngidam nak naik kapal perang lah pulak...








menginap di Pangkor island beach resort..
udang dia yg paling best sebab besar and sodap..








Masa nak balik keta lak rosak..so naik ETS ketapi laju dari Bt Gajah Ipoh ke KL Central...laju top speed 155 KM/J..betul2 adventure and menarik sepanjang berada di sana.. i luvin it..




Tuesday, September 6, 2011

buayo yg kenyang lepas rayo 2011

Memang gedabak besar



Beberapa penduduk menggunakan tangan mereka bagi mengukur seekora buaya yang panjangnya 6.4 meter dipercayai telah menyerang beberapa orang. Buaya tersebut ditangkat di Nueva Era di bandar Bunawan, utara Filipina pada 4 September lalu. Menurut Pusat Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar Palawan, dengan berat 600 kilogram, ia menjadi buaya terbesar pernah ditangkap di negara itu

Monday, August 15, 2011

Celcom says 6 days to Galaxy Tab 10.1 launch

Sesiapa yang berminat Galaxy Tab 10.1..tunggu tak lama lagi celcom nak launch....tinggal 6 hari lagi....

http://www.celcom.com.my/smartphones/tablets.php#tablet3



UPDATE: Celcom has fast forward the clock, now showing 6 days till launch. Malaysia Galaxy Tab 10.1 launch now happen.

This is it people! Celcom has put out a countdown timer to the launch of the Samsung Galaxy Tab 10.1 and it is T-minus six days to launch day. Not counting today, that would mean the launch of the much awaited Honeycomb tablet will be on Monday, August 22 (if our calculation is correct) — just in time for the Raya celebrations. At launch Celcom will offer the 16GB 3G version of the Galaxy Tab 10.1. At the same time the device is also available for purchase sans contract at authorised Samsung stores.

Still the device pricing remains elusive and we now hear that the earlier rumoured crazy sale might not happen.

Monday, August 8, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

yahoooo..dapat bonus

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.