Saturday, March 10, 2012

Cara nak transfer movie ke ipad 2

Sekali sekala nak gak update info pasal teknologi bagi mengingati diri sendiri dan sesiapa aje yang berkenan..so kali ini saya try nak ajar cara upload movie ke ipad 2..

1. pastikan movie yang hendak di upload ke ipad perlulah mempunyai fail movie MPEG4..kalo masih guna fail movie .avi ..fail tersebut perlulah diconvert terlebih dahulu ke fail MPEG4 menggunakan software seperti di bawah..minta search google aleesoft free ipad converter kemudian download dan install fail berkenaan pada pc dahulu..


   Cara nak convert movie avi adalah dengan  click new task untuk pilih fail .avi yang hendak diconvert dan tekan button convert..

2. Sekiranya kita telah ada movie yang memang menggunakan format MPEG4 atau MP4 buka perisian iTunes pada pc dan connect ipad pada pc anda..

3. Tekan Menu File -> tekan Add file to library



4. Bila dah add fail..Tekan butang Devices di sebelah kanan iTunes seperti dibawah..


5. Kemudian click/tick  pada movie yang hendak dipilih untuk diupload pada ipad...kemudian tekan button sync di bawah sebelah kanan seperti dibawah




6. Status upload seperti di bawah..selepas sync selalunya dalam 15/30 minit (berdasar saiz movie MPEG4) kemudian bolehlah kita menikmati movie dengan menekan ikon movie  pada ipad2 masing-masing..selamat mencuba...


Sunday, February 26, 2012

Elak nama, fail muncul dalam Internet

Pertama, sekiranya sesuatu itu penting seperti fail, dokumen dan lain-lain, elakkan daripada menggunakan medium laman web atau apa-apa aplikasi yang tidak dienkrip di Internet untuk mencapai, menghantar dan menyebarkannya. Gunakan perkhidmatan aplikasi VPN (Virtual Private Network) yang boleh didapati secara percuma untuk membuat sebarang transaksi atau sambungan di antara dua nod menggunakan talian Iinternet. Aplikasi VPN ini akan mengenkripkan sambungan di antara dua nod ini menerusi talian internet. Internet merupakan talian rangkaian komputer yang bersifat umum. Sesiapa sahaja boleh mencapainya. Ini penting bagi para pekerja yang sentiasa dalam pergerakan ke mana-mana. Sekiranya perlu, gunakan kata laluan yang kuat dan kental berserta dengan aplikasi enkripsi dan aplikasi-aplikasi keselamatan yang lain seperti Firewall, perisian anti-virus dan lain-lain. Di sini, disertakan beberapa panduan untuk menghindarkan maklumat berkenaan seseorang daripada dipaparkan oleh sesebuah laman web seperti enjin carian. 1. Elak daripada menggunakan nama penuh dan memberi maklumat peribadi yang sulit dalam mengendalikan segala urusan di internet seperti penulisan blog, penulisan komen kepada sesuatu laman web, pendaftaran ahli bagi akaun laman web dan lain-lain. 2. Cuba lakukan carian nama tersebut dalam mana-mana laman web enjin carian. Berkemungkinan paparan maklumat itu merupakan maklumat bagi orang lain yang mempunyai nama yang sama atau seakan-akan sama. 3. Ubah segala kandungan web yang mempunyai nama sendiri kepada nama lain seperti komen, komentar dan lain-lain. Tutup semua akaun laman web di Internet yang telah didaftarkan dengan nama tersebut. Ini kerana kesemuanya ini akan diindeks oleh laman-laman web enjin carian seperti Google. 4. Hantar e-mel kepada pihak yang empunya bagi sesebuah laman web yang mengandungi nama seseorang bagi meminta kebenaran untuk membuang kandungan web yang mempunyai nama tersebut. Minta dengan baik dengan alasan-alasan yang kukuh. Apa yang penting adalah perlu dibuktikan dengan jelas perkara-perkara tersebut adalah kepunyaan peribadi. 5. Kebanyakan laman web enjin carian mempunyai konfigurasi sendiri untuk perkara-perkara yang bersifat sulit dalam carian. Sila cari menu tersebut dan lakukan langkah-langkah yang seterusnya. Sebagai contoh, enjin carian Yahoo! mempunyai fungsi Yahoo Privacy Policy. Enjin carian Google mempunyai Google Privacy Center di http://www.google.com/privacy/tools.html. 6. Boleh hantar alamat URL tertentu kepada Google Webmaster Tool untuk blok maklumat-maklumat tertentu di alamat URL, https://www.google.com/webmasters/tools/removals. 7. Terdapat juga syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan membuang sesuatu nama daripada dipaparkan oleh enjin carian seperti RemoveYourName.com, Zallas Technologies, Complaint Remover dan lain-lain. Ia memerlukan kos untuk melanggannya. Itulah beberapa panduan yang boleh dilakukan untuk menghindarkan berlakunya paparan apa sahaja perkara berkenaan sesuatu nama di sesebuah laman web atau Internet.

'Malaysia' mln Liverpool

Cayalah..nak sokong cardiff lah game nih... Aksi Cardiff pada final Piala Liga di Wembley jadi detik bersejarah negara APA jua keputusan final Piala Liga antara Cardiff City dan Liverpool di Stadium Wembley malam ini, kemenangan tetap menjadi milik Malaysia kerana buat pertama kali dalam sejarah, nama negara terpampang di dada 11 pemain kelab milik syarikat tempatan itu. Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata, tidak terlintas di fikirannya tiga bulan lalu betapa kelab dari Liga Kejuaraan yang baru diambil alih itu, akan beraksi di Wembley. Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini. - Chan Tien Ghee, Pengerusi Cardiff City “Peluang bermain di Wembley dan menentang pasukan hebat seperti Liverpool adalah satu pencapaian besar buat Cardiff dan Malaysia,” katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berada di London, semalam. “Malaysia turut meraikan peristiwa bersejarah ini kerana nama negara terpampang di jersi pemain Cardiff, itu boleh dianggap satu kemenangan buat negara. “Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini.” Walaupun Cardiff belum mempunyai kumpulan penyokong yang besar di kalangan peminat di Malaysia berbanding Liverpool, Chelsea atau Manchester United, hakikat kelab berkenaan mempunyai pertalian rapat dengan negara, mampu menjadi asas kukuh untuk membentuk kumpulan penyokong yang besar di tanah air. “Di Wales sendiri, sambutan terhadap Malaysia cukup besar dan sebahagian penduduknya mula mengenali negara kita sejak pemilikan kelab ini pada Mei 2010,” kata Tien Ghee. “Malah pemain Cardiff yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia, menganggap negara sebagai rumah kedua mereka.” Menyentuh peluang Cardiff melakukan kejutan pada final pertama Piala Liga, Tien Ghee berkata, apa saja boleh berlaku tetapi yang penting skuad kendalian Malky Mackay yang diberi jolokan Bluebirds itu mempamerkan aksi berkualiti malam ini. “Kami ada peluang dan pemain bersemangat tinggi untuk berjaya. Kami tahu harapan tinggi diletakkan peminat, terutama 32,000 penyokong dari Wales yang hadir ke London. Begitu juga peminat dari Malaysia. Saya harap ia menjadi kenyataan,” katanya.

Saturday, February 25, 2012

Slow down – or the morning rush hour can kill you

For info more people are getting into accidents on their way to work than on the way home. Socso CEO K. Selvarajah said statistics showed that accidents involving commuters going to and returning from work had risen by 3% last year compared to 2010. “Accidents involving those going to work make up 52% while those returning home is 48%. “This may be because people tend to rush to avoid being late for work,” he said, adding that motorcyclists made up most of the accident victims. “Try not to rush and always be alert while on the road,” he said after Socso's 2012 Presentation of Research on Accidents at Menara Perkeso here yesterday.

Cadangan Gaji SBPA Baru Cuepacs : Kenaikan Gaji RM700 – RM2,500 Bagi Gred 1 – Gred 54

Kalo dapek memang besh... Nampaknya keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya…. Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya : Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000 Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya. Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah : Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54. Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred. Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500 Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini. Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700 Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000 Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500 Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800 Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500 Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820 Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800 Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs : Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan. Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akan melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru

PM Dijangka Umum Keputusan SBPA 12 Mac Depan

Yahoooo MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 12 Mac depan. "Tunggulah masa, kalau saya umum hari ini tak jadi (tidak seronok), tak ada surprise (kejutan). "Mungkin tunggulah bila kita ada majlis, CUEPACS setuju untuk mengatur satu perhimpunan besar-besaran di mana dalam perhimpunan itu nanti saya akan menyampaikan keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di bandar Melaka di sini, Jumaat. Sementara itu, Najib berkata mesyuarat yang diadakan dengan CUEPACS semalam berlangsung dalam suasana baik dan mereka (CUEPACS) bersikap positif dalam isu penyelesaian SBPA. Pada Khamis, Najib mengadakan pertemuan dengan Cuepacs selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Pejabat Perdana Menteri. Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman pada pertemuan itu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang mengumpul 15,000 penjawat awam di Bukit Jalil pada 12 Mac depan yang dijangka dihadiri Perdana Menteri. Mengenai lawatan kerjanya ke Melaka, Najib berkata beliau berpuas hati dengan kerancakan pembangunan dan pembaharuan di negeri bersejarah itu. "Pada saya, Melaka sedang menghadapi cabaran menguruskan kejayaan...dan inilah yang saya fikirkan cabaran masa datang bagaimana boleh menentukan tahap kemudahan di Melaka dapat ditingkatkan supaya tidak membantut perkembangan kejayaan Melaka," katanya. Beliau berkata pengusaha-pengusaha hotel juga menyatakan rasa puas hati dengan pelaburan mereka di Melaka. Beliau juga berkata Barisan Nasional (BN) Melaka secara keseluruhan sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum apabila tiba masanya kelak. - BERNAMA

Wednesday, February 22, 2012

Imej proton baru

Gambar proton baru nie macam menarik je depan ye..siap ada 4G..rasanya penumpang boleh berinternet dlm kereta kalo boring kot...