Thursday, June 9, 2011

Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

At last...penat lelah uruskan XPDC beberapa pendakian gunung akhir sekali penyampaian sijil oleh YAB MB NS..fuhh lega ..lepas nih leh tido dengan nyaman....

SEREMBAN : 7 Jun – Kemajuan dan Pembangunan Negeri Sembilan 2011 kini telah memperlihatkan perkembangan yang baik dan positif.




Dalam Perhimpunan Bulanan, setengah tahun pertama 2011. Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan memberikan penekanan terhadap Dasar Permuafakatan Tindakan Negeri yang telah dimulakan sejak 3 bulan yang lalu.

Menurut Menteri Besar, dasar ini adalah bagi mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan pelanggan, produktiviti kerja dan perkhidmatan yang begitu penting bagi memuaskan hati pelanggan-pelanggan. Usaha mempertingkatkan produktiviti boleh mensasarkan kejayaan buat Kerajaan Negeri.

Beliau juga menegaskan bahawa jabatan-jabatan yang berdaya saing dan mampu melaksanakan tugas ’multi tasking’ dijangkan mampu menyeberangi sempadan birokrasi. Beliau berasa sangat berpuas hati dengan perkhidmatan jabatan-jabatan dan kakitangan-kakitangan yang menepati c iri ciri Ketua Audit Negara setakat ini.

Dengan adanya permuafakatan ini, setiap jabatan boleh bekerjasama dengan jabatan lain. Kerjasama antara satu sama lain antara jabatana jabatan amat baik sekali.

Kerajaan Negeri kini mensasarkan pengurangan kos pengeluaran dan mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan.

Menteri Besar telah mengalu-alukan kehadiran beberapa pegawai baru yang mula bertugas di beberapa jabatan sepeti Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa jabatan lain.

Beliau juga telah menyampaikan Sijil Penyertaan XPDC Menawan Gunung Kinabalu, Sabah kepada 16 kontigen pendakian.

No comments:

Post a Comment