Saturday, July 16, 2011

Chelsea bawa semua bintang Khamis ini

Fuh kali nie aku ye turn lak gi stadium....
see u Frank Lampard at std bukit jalil..cuti dah lulus..yess

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, akan membawa skuad penuh bagi perlawanan persahabatan menentang pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis ini.

Menurut penganjur, ProEvents International, antara pemain yang diturunkan ialah Didier Drogba, Frank Lampard, John Terry, Fernando Torres, Nicolas Anelka, Ashley Cole, Florent Malouda, Petr Cech dan Yossi Benayoun.

"Peminat bola sepak tempatan sudah pasti mendapat sajian terbaik dengan kehadiran antara pemain terbaik dunia dalam pasukan Chelsea," kata ProEvents dalam kenyataan di sini hari ini.

Perlawanan persahabatan itu akan turut menyaksikan pengurus Andres Villas-Boas dari Portugal mengendalikan pasukan 'Blues' untuk buat pertama kali selepas mengambil tugas dari Carlo Ancelotti. - Bernama

No comments:

Post a Comment