SEREMBAN 31 Mac – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) hari ini memperkenalkan aplikasi ‘mySMS’ bagi memudahkan warga bandar ini menyemak status cukai taksiran dan kompaun letak kereta.
Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, langkah itu selaras dengan dasar kerajaan di bawah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3 Tahun 2008 yang menghendaki setiap agensi kerajaan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang mudah dicapai rakyat.
“Sistem interaktif ini disediakan khusus bagi pelanggan di sekitar bandar ini yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat berkaitan secara pantas dan efisien pada bila-bila masa sahaja.
“Kewujudan perkhidmatan ini juga membolehkan pelanggan membuat sebarang aduan berkaitan MPS sekali gus menggantikan talian aduan 019-6550160 yang diguna pakai sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Jelasnya lagi, pengguna hanya perlu memasukkan butir semakan maklumat atau aduan seterusnya mengirimkan ke nombor 15888.
“Di samping itu, pengguna juga boleh membuat permohonan borang berkaitan 36 jenis urusan yang berkaitan dengan MPS melalui perkhidmatan baru ini.
“Pelanggan tidak perlu lagi hadir ke pejabat MPS semata-mata untuk mendapatkan borang, sebaliknya hanya perlu memuat turun dari e-mel masing-masing menggunakan mySMS,” ujarnya.
Tambah Abd. Halim, pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi MPS iaitu www.mpsns.gov.my untuk menyemak kod borang permohonan perkhidmatan yang diperlukan.
Friday, April 1, 2011
Harga petrol RON97 naik 20 sen
Harga petrol RON97 naik 20 sen
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter
Tuesday, March 29, 2011
live WWE WrestleMania XXVII
Lama tul tak layan wrestling.....ingat lagi pi layan dari kedai kopi ( dulu takde kopitiam cam skrang) sampai ke bukit jalil tengok WWE Smackdown Live in Malaysia 2002 ..tgk big show and others...memang besar betul badan diorg nih..ingat nak subscribe before 2 April 2011..dapat harga murah skit...tak sabar nak tgk aksi berdarah The Undertaker vs Triple H
(Live) WWE WrestleMania XXVII at Astro Box Office Sport 971
Enjoy all the action and excitement as WWE presents WrestleMania XXVII live from Georgia Dome, Georgia, USA.
- Showing Time4 Apr 7:00 am ( 240 minutes )
Saturday, March 26, 2011
Restoren Movenpick Marche, ikano
Lama tak makan secara buffet..hari ini pi layan makan buffet kat Restoren Movenpick Marchel, ikano...memang terbaik...kena pilih makanan yang hendak di masak nanti chef akan tolong masakan..apa2 hal elok kena buat kad ahli RM 70 untuk dapat discount...yg best air healthy juice....carrot + starwberry+ orange...
Thursday, March 24, 2011
CUEPACS cadang sistem gaji sebaris
Sebelum nie melintang menegak...lopeh nih sebaris lak..ontoh akan datang menyilang lak...eden tak kisah asal dapek gaji...
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya juga mencadangkan kepada
kerajaan supaya kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira pembabitan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan. Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.
"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan
Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.
"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs
kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 Selasa lalu,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian semula SSM sedang
dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif,
berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.
Najib berkata, kajian komprehensif itu bukan sahaja meneliti aspek saraan
semata-mata tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi
menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi.
Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi
anugerah khas bagi menghargai penjawat awam, yang selain berupaya menunjukkan
mutu kerja tinggi di pejabat, mampu pula bergiat aktif dalam aktiviti
kesukarelaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan.
Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya berpendapat banyak kelebihan bakal
dinikmati penjawat awam dengan Sistem Gaji Sebaris, antaranya daripada segi
pergerakan gaji dan tahap gaji maksimum mereka.
Beliau berkata, dalam Jadual Gaji Matriks yang ada dalam SSM sekarang, penjawat awam hanya memperoleh kelebihan dalam jangka pendek, misalnya akan mencapai tahap gaji maksimum dengan cepat sedangkan mereka masih ada tempoh untuk berkhidmat.
Malahan, beliau berkata, kenaikan gaji dan pangkat yang diberikan kepada penjawat awam lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kini juga
menyekat dan "membunuh" semangat sebahagian penjawat awam lain.
Katanya, tidak semua yang terkandung di dalam SSM kini tidak berfaedah, namun
sudah tiba masanya bagi kerajaan menilai semula beberapa perkara kerana
kelebihan perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.
Omar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Cuepacs itu kerana ia
dapat meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi kerja penjawat awam di negara
ini. - BERNAMA
Tuesday, March 22, 2011
Liverpool dan Chelsea datang ke Malaysia Julai ini
Teringat lagi tahun 2008 pengalaman tengok bola friendly international antara team Malaysia dengan Chelsea...walaupun kalah 2-0 rasa seronok pi ngayau kat std bukit jalil...tiket time tu hanya RM 50..tahun 2011 tak taulah harga tiket berapa agaknya...mesti mencekik darah...hahaha
KUALA LUMPUR: Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.
Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelab itu dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.
"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.
Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.
Manakala pasukan The Blues (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.
Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelab itu dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.
Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.
Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.
Manakala pasukan The Blues (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - BERNAMA
Azraai pilih Hoben Jang Hoben
SEREMBAN - Tidak sampai tempoh seminggu Wan Jamak Wan Hassan meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, kini tugasnya diambil alih oleh jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berkuat kuasa, semalam.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas jurulatih kelahiran Johor itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 17 Mac lalu.
''Keputusan melantik Mohd Azraai sebagai pengendali baru pasukan ini telah dicapai hasil daripada rundingan dan persetujuan antara pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengannya, baru-baru ini.
''Kita tidak boleh biarkan jawatan ini dibiarkan kosong terlalu lama kerana musim sedang berjalan dan ia juga boleh terus merencatkan prestasi pasukan sekiranya kita tiada pemimpin yang berkaliber," katanya di sini, semalam.
Menurut Abd. Halim, bekas pengendali Harimau Muda A itu akan menjawat jawatan berkenaan berkuat kuasa, semalam melalui ikatan kontrak selama dua tahun.
''Kita memilih Mohd. Azraai kerana dia merupakan calon yang paling sesuai berdasarkan rekod cemerlang beliau membimbing Kedah untuk mendapat gelaran 'Treble' dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.
Sementara itu, jurulatih berpengalaman berusia 59 tahun itu memberitahu, dia berharap agar pelantikannya itu akan dapat membantu Negeri Sembilan memantapkan lagi prestasi pasukan pada masa akan datang.
''Apa pun dalam tempoh terdekat ini saya perlu berbincang dan berjumpa dengan semua pegawai, pihak pengurusan termasuk pemain sebelum merangka sebarang rancangan atau strategi.
''Saya akan mulakan esok kerana kita ada perlawanan persahabatan antara Polis dan dari situ saya boleh meneliti dan seterusnya membuat perancangan selanjutnya," ujarnya selepas melapor diri di Wisma PBNS, semalam.
Ketika diminta mengulas mengapa memilih pasukan negeri ini untuk meneruskan kerjayanya, Mohd. Azraai menjelaskan, salah satu faktor adalah disebabkan pihak pengurusan PBNS dilihat komited dan serius dalam membangunkan pasukan bola sepak.
''Ini dapat dibuktikan melalui komen serta inisiatif Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk datang dan menyaksikan perlawanan pasukannya sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Azraai menambah, selepas perlawanan persahabatan antara polis esok (hari ini), semua pemain akan mengikuti kem motivasi selama tiga hari bagi tujuan meningkatkan kembali semangat serta kekuatan mental para pemain.
''Ini penting bagi memberi nafas baru kepada pemain sebelum saya mengatur sebarang perancangan taktikal," jelasnya yang sudah menjadi jurulatih sejak 2004.
Mohd. Azraai meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2009 dan kemudian dilantik sebagai jurulatih skuad Bawah 21 negara, Harimau Muda A.
Subscribe to:
Posts (Atom)