Wednesday, April 20, 2011

7 projek baru

Banyaknya projek jutaan ringgit
UMUM...Najib membentangkan  Laporan Kemajuan ETP Kelima di PICC, semalam. 
UMUM...Najib membentangkan Laporan Kemajuan ETP Kelima di PICC, semalam.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan tujuh projek dan inisiatif baru yang akan dilaksanakan di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) selaras usaha mengukuhkan minat pelabur dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai tambahan kepada lima yang diumumkan sebelum ini.
“Keseluruhan 12 projek ini dijangka menjana pelaburan sebanyak RM11.16 bilion kepada negara; menyumbang sebanyak RM16.62 bilion dalam pendapatan negara kasar (GNI) dan 74,457 pekerjaan baru,” katanya ketika mengumumkan Laporan Kemajuan ETP Kelima di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala.

Pada majlis sama, Najib turut menyaksikan 16 syarikat termasuk AirAsia Berhad (AirAsia), Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Tesco, Carrefour, Mydin dan Country Heights menandatangani ikrar kewibawaan korporat dan prinsip anti rasuah korporat di Malaysia Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tujuh projek berkenaan termasuk pembinaan pusat pembuatan dan pengedaran antarabangsa perkakasan elektrik rumah oleh Pensonic Holdings Sdn Bhd (Pensonic) yang membabitkan pelaburan sebanyak RM250 juta.

Selain itu, sebanyak RM45 juta akan dilaburkan untuk menyediakan kemudahan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) untuk meningkatkan kecekapan meluluskan perjalanan kontena, termasuk mengurangkan tempoh menunggu di setiap pusat pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), menambah baik keselamatan melalui sistem pengesanan automatik kontena terbuka dan meningkatkan keupayaan sumber manusia.

“Asia Media pula akan melabur RM500 juta untuk membina infrastruktur siaran langsung ‘Transit TV’ digital pertama di Malaysia menjelang 2015.

“Tricubes Bhd akan melabur RM50 juta menjelang 2020 untuk membina web portal bagi menyediakan akaun e-mel kepada setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menerusi projek e-mel 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula akan menerajui usaha melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai pusat pendidikan kewangan terulung di dunia.

Menurutnya, projek kajian asas perkhidmatan e-kaunter dan pentadbiran nyahkertas pula akan menjadi kayu pengukur bagi kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam pelbagai bidang.

Selain itu, katanya, semua pasar yang ada ketika ini seperti pasar tani, pasar malam dan pasar tamu akan dijadikan satu jenis pasar yang dikenali sebagai Pasar Komuniti (Pakar) bagi mengatasi pelbagai masalah seperti kekurangan tempat perniagaan, infrastruktur dan sistem pengangkutan.

“Diterajui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Pakar akan memastikan peniaga dapat menikmati semua kemudahan, serta membolehkan pembeli menikmati kemudahan membeli belah yang lebih selesa.

“Projek ini dijangka menyumbang RM3.52 bilion menjelang 2020 dan mencipta lebih 56,400 pekerjaan,” katanya

No comments:

Post a Comment