Saturday, April 30, 2011

'Uptown' di Kompleks Belia dan Sukan

wahh uptown di paroi pulak dah..leh pegi nanti

SEREMBAN 29 April - Orang ramai dipelawa untuk berkunjung ke bazar larut malam berkonsep 'Uptown' yang akan diadakan dua kali setiap minggu di pekarangan De' Youth Square, Kompleks Belia dan Sukan, Paroi dekat sini, bermula 6 Mei depan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian dari usaha pihaknya untuk mempromosikan kompleks tersebut sebagai sebuah lokasi tumpuan orang ramai khususnya di kalangan belia.

''Kita yakin dengan penganjuran program sebegini, ia bakal menarik minat lebih ramai pengunjung terutamanya belia untuk meluangkan masa mereka di kompleks ini daripada menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

''Uptown ini akan dibuka bermula 6 Mei depan, dua kali seminggu iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu,"

No comments:

Post a Comment